Monday, July 6, 2009

Tips untuk Wallpaper


Anda mungkin telah mengecat dinding rumah dengan warna pilihan sedondon dengan warna-warna perabot, langsir dan pelbagai barang hiasan lain. Tetapi adakah anda cukup berpuashati dengan kesannya? Atau adakah anda rasa seperti masih kurang umpphh?

Cubalah bermain dengan wallpaper (kertas dinding). Wallpaper merupakan satu cara mudah dan berkesan untuk mencorakkan, mewarna malah menteksturkan dinding rumah anda. Anda tidak perlu menyalut seluruh dinding rumah dengan wallpaper. Walaupun begitu jika anda mahu, ia tetap boleh dilakukan.

Kami menyarankan anda menggunakan wallpaper untuk feature wall. Feature wall adalah satu sudut dinding yang anda perlu riaskan dengan warna, corak atau tekstur yang tertentu supaya ia dapat menonjolkan sesuatu ruang misalnya seperti ruang tamu, ruang makan, bilik tidur dan sebagainya.

Biasanya feature wall dipilih di sudut yang menjadi lokasi pertama pandangan mata setiap kali seseorang masuk ke kawasan yang berkenaan. Ia mencernakan “first impression” tetamu anda terhadap tatarias kediaman anda secara keseluruhannya. Ia juga akan menjadi backdrop kepada persekitaran ruang. Kehadirannya pasti akan dirasai sesiapa saja. “First impression” yang dicerna akan menjadi “lasting impression” juga. Orang akan lebih mudah ingat tatarias rumah anda jika anda melengkapkannya dengan “feature wall” yang unik dan menarik.

Mencipta feature wall dengan menggunakan kertas dinding tidaklah susah. Anda hanya perlu tentukan sudut yang menjadi pilihan, tentukan saiznya, pilih kertas dinding yang sesuai (dari segi corak, warna dan teksturnya) dan pasang. Jika ada mahu feature wall anda kelihatan lebih berkarakter, kemas dan mewah, anda boleh menggunakan frame atau box-up yang dibuat khas dari kayu misalnya.

Inshallah.... Dj Epoi bersama dengan anda untuk mendecor untuk dinding-dinding anda supaya ia kelihatan hebat dan menjadi ingatan setiap orang yang melihatnya.

Wall Paper untuk Wall Decoration..... Layanzzzzzzzzz











Untuk Tips2 dan Kerja - kerja ubah suai rumah......redah kat FOLDER PROJEK FANTASIA Gua...

1 comments:

nadnye said...

cantik la wall paper nie..