Tuesday, May 26, 2009

Tip membersih bunga tiruan

Ramai di kalangan kita memilih untuk menghias dalam rumah dengan bunga-bunga tiruan kerana ia lebih mudah, lebih murah dan tidak kurang cantiknya.

Biasanya bunga-bunga tiruan ini dibuat dari fabrik mahupun plastik.

Walaupun menjaga bunga-bunga tiruan tidak serumit menjaga bunga-bunga hidup namun lama kelamaan ia juga boleh mengumpul pelbagai kotoran dan habuk.

Berikut adalah tip untuk membersihkan bunga-bunga tiruan supaya ia sentiasa nampak cantik berseri.

  • Masak air bercampur sedikit garam kasar sehingga mendidih.
  • Tuang air yang sudah suam ke dalam baldi dan campur dengan cecair pencuci.
  • Rendamkan bunga tiruan selama satu hari.
  • Angkat bunga tiruan dan gantung dalam keadaan terbalik. Kotoran yang masih terlekat pada bunga mudah dibersihkan. Anda hanya perlu pancutkan air menggunakan paip getah.
  • Jemur bunga tiruan, juga dalam keadaan terbalik dan sembur dengan penyembur berkanji seperti yang digunakan untuk melicinkan pakaian yang diseterika.
Tunggu sehingga ia kering sebelum digunakan semu......

Dj Epoi!!!
Walaweiiiiiiiiiiiiiii.......ubah mengubah bunga lah pulak hehehehehehe

Monday, May 25, 2009

Tip Susun Sofa


Tip menyusun sofa atau tempat duduk di ruang tamu:-

  1. Jika ruang tamu ingin dimanfaatkan tempat merai tetamu sepenuhnya, tempat duduk elok disusun berdekatan supaya tetamu merasai kemesraan tuan rumah. Pastikan jarak di antara tempat duduk tidak terlalu jauh hingga mewujudkan ruang di tengah yang boleh menjadi kawasan lalu-lalang. Ini akan mengganggu perbualan dan sebaiknya, aliran lalu-lalang disediakan di belakang sofa.
  2. Ambil kira keluasan ruang tamu, kedudukan tingkap dan pintu sebelum memilih tempat duduk kerana sofa memerlukan ruang. Pastikan kehadirannya tidak menghalang kawasan lalu-lalang di muka pintu atau sekitar ruang tamu.
  3. Jika ruang tamu anda memanjang dan sempit, bahagikan tempat duduk kepada dua kumpulan iaitu sama ada tempat duduk gaya susunan 2 + 1 + 1 atau gaya susunan 1 + 1 dan di sudut lain ditempatkan kerusi kayu serta rotan yang ringkas. Meja kopi diletak di bahagian tengah.
  4. Sofa dua atau tiga tempat duduk tidak bukan bermakna sepanjang masa diduduki. Biasanya ia tidak digunakan sepenuhnya pada satu masa kerana menyukarkan perbualan. Di sini, perlunya tambahan sofa satu tempat duduk yang dapat memberi keselesaan.
  5. Ruang tamu yang digunakan untuk berbual dan menikmati hidangan ringan memerlukan meja kopi besar diletakkan di tengah ruang dilengkapi meja sisi serta sepasang sofa dua atau tiga tempat duduk diatur bertentangan.
  6. Untuk mengelakkan kebosanan selain mewujudkan tata hias menarik, pastikan fabrik pelbagai warna dan corak dipilih. Gabungan sofa dan kerusi pula mampu mewujudkan kelainan.
  7. Kerusi beralas tangan jenis rotan dan kayu serta sofa bersayap menampilkan gaya menarik. Selain itu, ia boleh dijadikan tempat duduk tambahan dan sudut membaca.

P/S - Dj Epoi duduk atas LANTAI ponk siooooook juga hehehehhe.......

Pagar Bercorak Makin Diminati

PAGAR yang tersergam indah memperlihatkan kemegahan dekorasi pemilik dan memukau pandangan setiap tetamu. Bagaimanapun, perancangan konsep kediaman lebih menarik jika reka bentuk pintu pagar diberi tumpuan utama.

Pintu pagar atau jeriji bukan saja mampu menjadi penghias dekorasi rumah supaya nampak cantik dan bergaya tetapi juga untuk mengelak kejadian tidak diingini. Selari dengan perkembangan semasa, ada pemilik yang sanggup membelanjakan ribuan ringgit untuk mendapatkan pagar reka bentuk terkini.

Pintu pagar antara elemen dekorasi terawal yang ditatap tetamu dan keluarga ketika berkunjung ke kediaman dan fungsinya bukan setakat melindungi rumah semata-mata.

“Fungsi pintu pagar yang dulunya hanya untuk keselamatan isi rumah kian dipelbagaikan dan berkembang sebagai pelengkap konsep hiasan kediaman. Corak pelbagai jenis dan warna serta eksklusif yang diterapkan pada pintu pagar berasaskan kemasan besi tempawan (wrought iron) menyebabkan ia diminati.

“Sebenarnya, untuk memilih corak pagar ini bergantung kepada cita rasa pemiliknya. Sama ada konsep moden, kontemporari, nusantara atau tropika, kediaman lebih bergaya jika dekorasi pintu pagar yang dipilih sesuai dan tidak keterlaluan,” katanya.

Beliau berkata, pemasangan besi hiasan bercorak bukan saja pada pagar tetapi sesuai dipasang pada selusur tangga, tingkap dan balkoni yang pastinya membuatkan ia tampil berbeza jika reka bentuknya kreatif.

Terdapat beberapa motif hiasan besi tempawan tiga dimensi flora dan fauna selain corak yang menerapkan keunikan identiti tempatan sebagai simboliknya termasuk corak padi dan tumbuhan tropika.

“Corak bermotifkan identiti tempatan seperti `rural charm’ mempunyai makna tersendiri dalam mengembalikan nostalgia kedesaan kepada setiap penghuni kediaman. Motif `rural charm’ memberi kesan secara langsung kerana istilah desa itu sendiri menggambarkan ketenangan dan keharmonian semula jadi.

“Menyedari keunikan itu, para pengusaha seperti saya mengambil peluang mempelbagaikan motif hiasan pada pintu pagar dalam usaha memenuhi cita rasa pemilik kediaman dan memulihara nilai estetikanya dengan gaya tersendiri,” katanya.

Setiap corak tiga dimensi seperti kelopak bunga direka khas dengan mengambil kira pelbagai aspek termasuk keselamatan pemilik dan risiko pembiakan nyamuk serta besi tidak mudah berkarat.

“Pintu pagar besi tempawan antara produk yang memerlukan ketelitian dan kreativiti dalam penghasilannya sebagai langkah memenuhi kehendak dan permintaan pelanggan.

“Biasanya motif flora yang diletakkan pada pintu pagar itu banyak mengikut permintaan pelanggan dan ada kalanya menguji kemampuan jika pelanggan meminta pemandangan hutan hujan tropika direka pada pintu pagar itu,” katanya.

Motif hiasan yang ditampilkan pada pintu pagar banyak menggabungkan ideanya dan mengikut permintaan pelanggan supaya segala yang dihasilkan memenuhi cita rasa semua pihak sesuai dengan bajet dikeluarkan.

Friday, May 22, 2009

Projek Fantasia Gua bermula disini....

Projek Fantasia Gua bermula............dari Rumah ini.... Siapakah Pemilik Rumah ini..... Nanti Gua kembali untuk Pengalaman 1st Projek Gua....

Gambar2 ini adalah Stage2 Untuk Merubah MUKA DEPAN rumah ini.....





Alhamdulilah................. Dikala Kenduri Masuk Rumah.....

Nanti Gua ................Ceritakan Detail .........dan INTERIOR2 nyer....

Wednesday, May 20, 2009

Wall Paper ( 2 )










Sunday, May 17, 2009

Wall Paper ( 1 )








Thursday, May 14, 2009

Projek fantasia ( KAK SARAH & ABG SAHIMI )


Salam......

Ader yang kata .......Gua hanya pilih Projek yang besau2 sahaja!! yang kecik Gua buat derk!!! jer.......
SALAH SEBENARNYA tuh..!!!!!!!

Sebenarnya Gua tak pernah pilih segala kerja2 yang diberikan kepada Gua.....Biar sebesar Kuman Ponk Gua akan turun.....Inshaallah.....
Tapi kna gak arrrr... bergantung pada keadaan dan bersesuaian ngn semuanya....

Okes dah lama Gua tak Update Projek Fantasia Gua....
Kali ini Gua kembali dengan Projek Fantasia minggu lpas......inshaallah minggu nih siaplah semuanya kalau tak ada aral melintang.....

Projek kali ini adalah jiran sebelah belakang rumah Gua....( Cikgu Kepada TASKA anak2 Gua )

Untuk kali ini...... Gua tunjukkan dulu gambaw2nyer.inshaallah Gua akan Detailkan ....di lain Entry K........Layanzzzzzz.......

PROJEK FANTASIA
Ubah Suai "Car Poarch"
&
( BORDER - WALL PAPER )