Wednesday, January 20, 2010

Warna-Warna Bilik Kanak - Kanak

Salam.....

Alhamdulilah....
Gua baru jer discharge keluar dari Hospital sebentar tadi..
Ribuan terima kasih buat semua yg mendoakan...

Buat semua pengunjung Blog ini....Tq so muchhhhhhhhhh!!!

Nantikan Entry terkini yang bakal menyusul....










Monday, January 18, 2010

Terima Kasih...Semua !




Salam.....

Jutaan terima kasih kerana BERANI berurusan ngn DJ Walaweiiiiiiiii ini ...heheheh....

Untuk makluman.....banyak projek2 Fantasia yg sedang dalam proses rundingannya ketika ini..

Seperti yang Gua maklumkan sebelum ini ....

1st Come

1st SERVEEEEEEEEEEEE!

Buat semua...insyaallah saya akan membantu anda untuk selok belok mengubah suai rumah...dengan tarbaik....dan selagi Gua termampu ...

Insyaallah....

Mudah-mudahan ngn pengalaman yang Gua timba di Syarikat Sunway selama 16 tahun .....akan Gua kongsikan dengan anda semua.

Dibawah.....antara rakan2 yg berminat menggunakan khidmat nasihat ...

SAIFUL WARISAN KREATIF


Harapan Gua.......

Gua mengharapkan rakan2 diluar sana benar2....

IKLAS & SERIUS

untuk menggunakan khidmat Gua.... k .....hehehe

Layannnnnnnnnnnnnnnnnnnzzz!!

---------------------------------------------------------------------

By - e mail

Norhanida Osman

Salam bang,

First sekali, saya sekeluarga nak ucapkan terima kasih banyak2 sebab sudi dtg ke rumah untuk bagi harga dan nasihat tentang hal2 design rumah ni.

Saya harap abg bole bagi saya guide line/ budgetary pricing as per discussion ari tu.Pasal kitchen cabinet tu ada penukaran design sikit. Boleh tak abg bagi two option, satu mcm kita discuss ari tu dan kedua design yg macam dlm gambar ni. Insyallah kalau harga menepati budget saya, kita akan proceed dgn abg k.

1. Kitchen Cabinet

Option 1 – 6 ft x 8 ft x 4 ft (U shaped), concrete tiles 2ft x 2 ft

Option 2 – 6 ft x 7 ft (L shaped), green colour mcm dlm attached photo.

2. Grill for door & window – Abstract shape bentuk daun

3. Main Gate – Modern design , refer attached photo

4. Pintu toilet aluminium – 2 (for toilet & bathroom)

5. Optional – Tukar tiles for toilet & bathroom.

Thanks.


------------------------------------------------------------------

By - e mail

Rizuan Saidi

Salam Bro Epoi. dpt emel bro dr blog. ni forward je dr emel yg dihantar pd org lain sblm ni. so malas nak translate ke malay ;)

Bro, possible ke utk dpt quotation soonest possible, e.g esok ke (14/1/2010). bole ke bro?

attach herewith are the design + measurement for my kitchen (kitchen cabinet + bar counter) and wardrobe for my master bedroom. PLEASE GIVE ME BESTEST PRICE YA BRO ;)

plz quote me price for abovementioned items based on the measurement. measurement for each items is in the individual file (kitchen.jpg and wardrobe.jpg). measurement for the floor is at file measurement.jpg

material prefered as follows:
- melamine for the kitchen cabinet & wardrobe
- table top : solid surface

plz do quote me also if i wanna opt the material to:
- 3G (kitchen cabinet & wardrobe)
- granite (table top)

also wanna ask, how much the cost if i wanna build the L-shape table top and counter bar using concrete

lastly, plz give me itemised bill i.e price for each individual (wall unit, base unit, wardrobe and others if u countt the price separately e.g mirror for wardrobe, dish rack, basket drawer, frosted glass etc).

thanks.
Rizuan
-------------------------------------------------------------------

By - e mail



Salam Abg Anuar.

hidayah di sini..ni saya ada attached kan plan umah n gbr pattern dari blog abg.
saya nak wat kat bawah jek.n pattern cam gbr yang saya attached sekali.
p yang gbr tu ..cam dalam sgt kotak die..saya nak yang biasa2 jek..
yang lubang tu kat living ng dining area..kirenye ada 2 kotak la.
------------------------------------------------------------------

By- e mail

Asmida Bt Mat Aripin

Salam Mr Dj
Sy Cikgu As
Bakal masuk umah baru teres 1 tingkt di meru
nk tanya, kalo sy nk tmbh di tanah blkg umah yg berbaki 25 kaki pjg n lebar 22
tp sy nk guna dlm 16 kaki lebar(sbb nk bg ada ruang utk brcucuk tanam)
utk dijadikn wet kitchen dgn 1 bilik air,brape ya bajet nya
n sy brkenan dgn grill yg sy attach d sini
bape harga nya utk ukuran sliding door 3 pintu n 4 tingkap bilik tidur
tp suami sy tanya, grill cam ni boleh thn tk?


-----------------------------------------------------------------------

By - YM ( Yahoo Mesangger)
Cervantes De Leon ( Nama Samarannya)...

Antara Skrip2 Chat semalam....heheh....
Sorry arrrr Bro!!
Gua kasik promoto Lu sikit hahhaha.....


cervantes de leon: Salam, bro. bz ka?

epoi8787: Salam

epoi8787: Saja tgh borak2 ngn kawan2 lama huhuuuuu
epoi8787: Gua takut arrrrr nengok....Lu nyer nama ...ahak!!!

cervantes de leon: brader jgn main2..waa ex lanun
cervantes de leon: brader ingat wa lagi? ari tu wa janji nk tangkap gmbr rumah
cervantes de leon has canceled the file transfer.

epoi8787: Wokeyyyyyyyy
epoi8787: hebat kawan Gua yg baru nih hahahaha

cervantes de leon: laman tu 6 x 10 ft..wa ingat natk kasi tile sama je semua

epoi8787: 60 kaki persegi dah tuh!!

cervantes de leon: bab segi2 ni wa tak tahu...hahahah
cervantes de leon: wak nak buat dinding tepi tu kasi tutup separuh fence neighbour tu jugak..tept tong sampah kasi tolak tepi sekali

epoi8787: Wokey.....TERUSKAN Bro.....Gua sambil2
epoi8787: takper....malam nih Gua temankan Lu hahahah

cervantes de leon: hahaha
cervantes de leon: lwpas tu wa nak bukak pagar semua, buat folding gate. luas pagar tu kiri ke kanan dlm 20 kaki tak masuk tpt letak tong sampah
cervantes de leon: gate, steel biasa saja tapi folding. brader bole estimate cost atau nak info lagi

epoi8787: Boloh.....nati Gua come out kan k...

cervantes de leon: orait
cervantes de leon: satu lagi, kalu brader tengok gmbr no 10 tu, pagar dawai tu wa nak cabut letak dinding semua. masukkan sekali. tapi tu tk confirm sbb wa blm tanya jiran wa lagi dia setuju ke tak.

epoi8787: Walaweiiiiii gambar nya PERFECT beb!










------------------------------------------------------------

NOTA KAKI :
Bagi memudahkan perbincangan selanjutnya untuk kerja mengubah suai & decoration,
Gua masukkan gambar, plan, dan material kiriman anda.
Harap Maklum!

Tandas ( 2 )






Tips Hiasan Dalaman


Mencari idea untuk mengubah gaya kediaman menjadi sesuatuyang agak rumit jika tiada rujukan khusus,malah,jadi kebiasaan kepada kebanyakan orang menjadikan majallah hiasan dalaman sebagai pencetus idea untuk menghias rumah.

Menggayakan hiasan dalaman rumah hampir sama seperti fesyen pakaian,yang senantiasa berubah mengikut musim dan kemunculan produk baru.

Bagi yang bujang,citarasanya berbeza,mahukan hiasan ringkas berbanding yang berkeluarga selain faktor kos yang perlu dikeluarkan juga jadi penentu.

Berikut beberapa tips sebagai panduan menghias rumah.

Menentukan gaya hiasan dalaman.

Ramai yang peka dengan kepentingan memilih gaya hiasan dalaman tetapi tidak bijak mengadun gaya,lalu terhasillah gaya 'rojak' yang serabut.Trend penataan kediaman sekarang banyak berkonsepkan gaya moden klasik dengan pengaruh era 50-an,60-an dan 70-an dapat dilihat melalui pemilihan lampu,hiasan seramik,kaca dan permaidani yang diolah corak serta rekaannya dari gaya retro moden klasik.

Tema ini sesuai untu kediaman pemilik muda kerana gaya retro akan menampakkan imej muda dan funky.

Skema Warna.

Memilih warna tidak sukar kerana biasanya berdasarkan warna kegemaran seisi kediaman.Namun,penggunaan warna tertentu menjadi terapi.

Warna selamat adalah biru kerana ia bukan sekadar apa yang kita lihat tapi warna itu menjadi simbol ketenangan.Merah,jingga dan kuning pula memberi tenaga.

Jika anda mempunyai anak yang agak lasak,disyorkan tidak menggunakan kumpulan warna ini kerana dikhuatiri akan menyebabkan kanak-kanak itu bertambah lasak. Sebaliknya gantikan dengan hijau dan biru lembut.



Bagi ruang makan,boleh gunakan warna merah kerana mampu membangkitkan rasa lapar namun elakkan untuk sesiapa yang sedang berdiet manakala pekmilihan warna biru gelap,hitam dan kelabu pada ruang yang s alah boleh menyebabkan tekanan.

Titi Tumpu Atau Feature Wall.

Penggunaan titik tumpu adalah untuk memberi visual luas pada ruang kediaman.Titik tumpu sesuatu ruang mungkin dinding dan aksesori hiasan seperti langsir atau bingkai gambar pada dinding.

Jika kediaman anda sempit,pilih warna neutral seperti krim atau putih dan titik tumpunya dari warna gelap untuk memanjangkan ruang.Langsir juga mempunyai fungsi sama seperti feature wall dan jika anda seorang yang kreatif,feature wall boleh dihiasi dengan lakaran lukisan atau paparan bingkai gambar menarik.

Bagaimana memilih feature wall?

Buka pintu utama kediaman dan lihat bahagian yang tertangkap pada pandangan mata.Pilih feature wall yang tidak mempunyai pintu dan tingkap.

Bagaimanapun,memilih titik tumpu untuk bilik tidur tidak sama seperti ruang lain.Gunakan dinding dibelakang katil sebagai feature wall.

Pilih Perabot Sesuai.

Memilih perabot tidak harus dipandang mudah.Membeli sette atau meja makan perlu mengikut bilangan penghuni.Keluasan ruang dan gaya tata rias kediaman juga perlu diambil kira.

Jangan beli apa yang tidak diperlukan bagi mengelak pembaziran.Reka letak perabot juga perlu dititik berat,elak memilih atau membeli perabot yang menghadang penglihatan mata kerana menyebabkan ruang besar kelihatan sempit.

Pencahayaan.



Pencahayaan terbahagi kepada dua jenis iaitu cahaya keputihan(daylight) dan cahaya kemerahan(warmlight).Cahaya keputihan biasanya terhasil melalui penggunaan lampu kalimantang biasa dan menghasilkan imej yang rata serta kaku.

Berbeza dengan cahaya kemerahan melalui lampu bercahaya merah membuatkan kesan visual yang terhasil kelihatan cantik dan membentuk bayang lembut.Malah cahaya kemerahan juga mewujudkan persekitaran selesa.

Kemasan.


Penggunaan kemasan(soft furnishing) dalam kediaman adalah untuk melembutkan suasana dekorasi.Ia biasanya terhasil melalui pemilihan langsir,hamparan permaidani atau kusyen.

Ada yang memilih untuk menggunakan alas meja atau alas katil daripada fabrik lebihan langsir untuk menampakkan keserasian.